BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Sunday, December 4, 2011

Disini bermulanya.....





Sesuatu yg baru, suatu yg ternyata, 1992, alhamdulillah,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu,
sebuah sekolah luar bandar telah dipilih untuk oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Jabatan Pelajaran Kelantan untuk
diwujudkan sebuah kelas Prasekolah....

25 orang murid telah dipilih mengikut prosedur yg ditetapkan
dan mula beroperasi didalam sebuah kelas biasa...
dengan seorang guru Pn.Rashidah Omar
dan seorang pembantu Cik Sarihan Yussof....
Dengan peruntukkan RM20,000.00, proses
baikpulih kantin lama dilakukan dan dijadikan kelas prasekolah.
Sempit dan tidak selesa, berbanding dengan sekolah2
yg membaikpulih kelas biasa atau memilih binabangunan baru dgn
peruntukkan RM30,000.00. Entahlah tklah ku faham
bagaimana prosedurnya,,,terima sajalah dgn syukur
apa yg dianugerahkan.  Disitulah pembelajaran prasekolah
berlangsung setelah kerja2
baikpulih selesai bermula Jan 1992 sehingga 2009.

Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu telah berpindah ke bangunan baru
sepenuhnya pada tahun 2007, tetapi kelas prasekolah yg baru berpindah
ke bangunan baru pada 2009 setelah mendapat peruntukkan
baikpulih dewan di bangunan baru dijadikan kelas prasekolah....

Sememangnya kelas prasekolah menjadi pilihan dan
rebutan dikalangan ibubapa, tetapi peruntukkan yg
terhad kepada 25 org sahaja mengecewakan ibubapa
dan terpaksa menghantar anak2 mereka
ke kelas Tadika KEMAS yg berhampiran...

Permohonan sentiasa diajukan oleh pihak sekolah ke JPN dan KPM
dan akhirnya alhamdulillah sebuah kelas Perluasan telah diluluskan dan

mula beroperasi pada Januari 2010 dengan sebuah kelas baru
bersebelahandengan kelas 1992. Pembukaan kelas baru
inilah juga telah membuka ruang padaku untuk kembali
bertugas di SKBT setelah 7 tahun ku tinggalkan demi
minatku terhadap prasekolah...alhamdulillah,
16 tahun menabur bakti disini, 2003, ku tinggalkan SKBT
dengan berat hati atas permintaanku sendiri untuk mengajar prasekolah 
sepenuhnya Sekolah Kebangsaan Hamzah 2.



Dalam apa jua keadaan, rintangan dan suka duka,
ternyata prasekolah SKBT telah melahirkan ramai pelajar yg berjaya
dan berkaliber, aku amat gembira anak kampungku dapat menikmati
pelbagai kemudahan yg disediakan
oleh kerajaan Malaysia melalui KPM. JPN, PPD
dan sekolah demi kepentingan
pendidikan anak2 diluar bandar.....

0 comments: